30 Akhlak Rasulullah SAW yang Patut Kita Contoh!

24 Desember 2021, 21:36 WIB
Masjid Nabawi di Madinah Dikabarkan Kembali Dibuka untuk I'tikaf Selama 10 Hari Terakhir Ramadhan. /Pixabay/Konevi/

Berita Sampang.com- Rasulullah saw diutus oleh Allah dimuka bumi ini untuk memperbaiki akhlak. 

Rasulullah saw adalah manusia yang sangat sempurna dan merupakan uswah (tauladan) yang baik untuk para umatnya. 

Berikut 30 akhlak rasulullah saw yang patut kita contoh:

Baca Juga: Kapan dunia Ini Akan Berharga? dan kapan Dunia Akan Hina?

1. Baginda selalu diam.

2. Berbicara ketika perlu.

3. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat .

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).

6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

7.  Berfikir terus-menerus.

Baca Juga: Surat Al-Baqarah Ayat 209 Lengkap dengan Terjemah dan Tafsirnya

8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

11. Marah bukan kerana nafsu .

12. Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

13  Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

Baca Juga: Sampaikanlah Nasehat Sesuai dengan Sikon Sekitar! 

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

15. Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.

16. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.

Baca Juga: Hikmah Larangan Mengambil keputusan Ketika Sakit; Qur'an Surah Yusuf 33.

19. Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

20. Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

21. Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir .

22. Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.

23 . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.

24. Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.

25. Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

Baca Juga: Akhlak tentang Mimpi Firman Allah Swt dalam Al-Qur'an Surah Yusuf 5.

26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

29. Siapapun yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

30. Siapapun yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

 

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

اللهم صل على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Semoga bermanfaat.***

Editor: Nurul Azizah

Tags

Terkini

Terpopuler